20 Okt 2011

PROGRAM SELEPAS PMR vol 1

Ujian Minat Kerjaya telah dijalankan juga kepada pelajar tingkatan 3 yang mana dikendalikan oleh cikgu Chong Chuie Yin... nampaknya semua pelajar pun semangat dan mempunyai perasaan ingin tahu.. apaaaaa sebenarnya saya mau jadi ni?????  dan dengan adannya ujian ini, pelajar boleh mengetahui minat mereka justeru dapat memilih aliran yang betul untuk mencapai cita-citanya! 

Pn. Chong Chuie Yin menjalankan aktiviti Ujian Minat Kerjaya kepada pelajar tingkatan 3...




Ini pula, taklimat matapelajaran elektif bagi tingkatan 4... agar pelajar dapat memilih elektif yang bersesuaian dengan cita-cita mereka nanti! ia amat penting, kerana ini adalah penentu kelas mana pelajar ingin berada.. kalau pelajar tersebut ingin menjadi doktor.. maka pelajar tersebut perlu masuk ke aliran sains... maka dengan itu juga, pelajar tersebut perlu mengetahui apa itu matematik tambahan, biologi, kimia dan sebagainya.. itu contohhhhhh... so, antara taklimat matapelajaran elektif ialah matematik tamabahn, biologi, kimia, fizik, ICT, prinsip akaun, ekonomi, perdagangan, geografi, bahasa cina dan pendidikan seni.....


 Cikgu Chin Kim Nyuk memberi taklimat mata pelajaran Biologi kepada pelajar tingkatan 3



 Cikgu Antonius memberi taklimat mengenai matapelajaran ICT kepada pelajar tingkatan 3


 Cikgu Lim Tong Seng memberi taklimat matapelajaran matematik tambahan kepada pelajar tingkatan 3


Cikgu Bevina memberi taklimat mengenai matapelajaran fizik kepada pelajar tingkatan 3



kiri kanan! kiri kanan! kanan kiri! kanan kiri!begitulah latihan kawat kaki bagi setiap unit beruniform bagi sepanjang minggu ini iaitu 17 Oktober sehingga 21 Oktober 2011... latihan kawat kaki ini dijalankan adalah untuk pertandingan hari karnival kokurikulum pada bulan november nanti! Nampaknya semuanya bersungguh sungguh dalam menjalankan latihan begitu juga guru-guru penasihat! agar dapat menjadi johan dalam pertandingan kawat kaki nanti~


Unit Uniform Pengakap... bersama dengan Cikgu Moinis

Unit Beruniform Bomba...  dilatih oleh ahli Bomba 

ahh.. yang ini macam kadet polis... 

Senang Diri!

1 ulasan:

Double NLA berkata...

Sebenarnya budak-budak tingkatan 3 ni berbakat. Laki-laki perempuan kayuh aje... boleh menari. Hargai bakat anda.