Hari ini, bermulanya Program Selepas PMR kepada semua pelajar tingkatan 3 Sekolah Tinggi Kota Kinabalu. Pelajar-pelajar beria-ria ingin mengetahui aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang 14 hari iaitu 13 Oktober sehingga 04 November 2011.
Perasmian Program Selepas PMR telah dihadiri oleh En. Lim Kiat Kong (Pengerusi Lembaga Sekolah), En. Tan Hock Siong (Pengerusi PIBG), En Ng Kim Huat (Pengetua Sekolah), En. Alan Tang (ahli PIBG), Pn Lee Li Leng (Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar) dan guru-guru matapelajaran. Program ini telah dirasmikan oleh En. Ng Kim Huat, Pengetua Sekolah dan seterusnya melancarkan Blog Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Tinggi Kota Kinabalu. Ribuan terima kasih kepada En. Ng Kim Huat atas sokongan beliau dalam pembinaan blog ini dan memberi nasihat kepada guru kaunseling agar membina blog yang benar-benar memberi manfaat kepada pelajar. Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada En. Lim Kiat Kong, En. Tan Hock Siong dan En. Alan Tang kerana turut memberi sokongan dalam Program Selepas PMR ini dan kehadiran tuan amat kami hargai.
Serba sedikit ingin berkongsi mengenai Program Selepas PMR untuk dikongsi bersama..
Perancangan dan pelaksanaan Program aktiviti Selepas PMR ini diadakan setiap tahun untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar tingkatan 3 yang baru selesai menduduki Peperiksaan PMR, mengisi masa lapang secara terancang, bermatlamat dan berfaedah dan menyeronokan. Melalui aktiviti yang berbentuk akademik, kerjaya, psikososial, kesejahteraan mental, pembangunan diri, keibubapaan, dan sebagainya, para pelajar dapat memperolehi kemahiran “soft skill”, mempraktikkan pengetahuan yang diperolehi dalam kelas dan amalan nilai-nilai murni ke arah pembentukan seorang insan yang menyeluruh berpandukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Maklumat-maklumat yang relevan yang dan terkini yang disampaikan dapat membantu pelajar membuat pilihan dan keputusan yang berkaitan dengan akademik secara khusus serta bidang kerjaya secara umum pada masa depan.
Manakala Blog Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah merupakan satu uaaha yang berterusan untuk mengembangkan pengetahuan dan penggunaan ICT dalam perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah. Pengetahuan dalam bidang ICT perlu direalisasi bagi memastikan pencarian maklumat dan perkongsian ilmu dapat dmanfaatkan dalam jangkamasa yang singkat. Selain itu, program ini juga merupakan program inovasi dan transformasi pendidikan yang dirangka dan dirancang bagi meningkatkan mutu profesionalisme, kredibiliti dan akauntabiliti perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Antara maklumat yang dikongsi dalam blog Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling ini ialah Perkhidmatan UBK, laporan aktiviti & Program anjuran B&K, Permohonan Kemasukkan IPT, Biasiswa yang ditawarkan, Buletin UBK, Kerjaya dan Pendidikan, perkongsian keratan akhbar, dan sebagainya.
Tujuan Pelancaran Blog Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling ini dilaksanakan adalah agar pelajar-pelajar dapat diberi pendedahan mengenai kewujudan blog yang baru sahaja dibina pada bulan September yang lalu. Dan memberi pengetahuan kepada para pelajar mengenai maklumat-maklumat yang dikongsi dalam blog ini.
Tidak lupa juga... UBK ingin mengucapkan kepada beberapa orang pelajar yang telah membantu Guru UBK dalam pembinaan Blog. Thank you Duane! Adnan! Vanessa! Melissa! dan lain-lain lagi.... (jangan lupa minta merit yerrr...:)) )
Kepada pembaca-pembaca sekalian, selamat membaca blog ini dan kami berharap blog ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.
Sekian Terima Kasih.
GALERI MAJLIS PERASMIAN PROGRAM SELEPAS PMR DAN PELANCARAN BLOG PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING STKK
Dari Kiri En. Tan Hock Siong (Pengerusi PIBG), En. Lim Kiat Kong (Pengerusi Lembaga Sekolah) dan Pn Chong Chuie Yin (Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling) |
En. Ng Kim Huat Pengetua Sekolah |
Pn. Chong Chuie Yin, Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling |
Cikgu Jaclyn Menerangkan Blog kepada tetamu khas dan para pelajar |
Pengetua Sekolah melancarkan Blog Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling bersama-sama dengan En. Lim Kiat Kong , En. Tan Hock Siong, En. Alan Tang, Pn Lee Li Leng dan Pn. Chong Chuie Yin |
Bookmark Blog diedarkan kepada semua pelajar tingkatan 3 dan guru-guru yang hadir |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan