26 Sep 2011
Pecutan Akhir PMR, SPM & STPM
TIK! TOK! TIK! TOK! TIK! TOK!
"Dua minggu lagiiiiii, stresss ooooo sayaaa....!!"
"Haiyoyo, 1 bulan lagi.. SPM sudah!"
"Nervous pula saya mau dekat exam sudah"
Inilah selalu menjadi rungutan pelajar-pelajar sekolah ketika hampir-hampir menjelang peperiksaan penting bagi mereka sama ada dalam memilih elektif ketika tingkatan 4, memilih kerjaya mereka dan juga terutamanya dalam melanjutkan pelajaran ke IPTA dan IPTS.
Maka dengan itu, program Pecutan akhir PMR, SPM & STPM telah diadakan pada 14 September sehingga 15 September yang mana disertai oleh pelajar yang akan menduduki PMR, SPM dan STPM. Seramai 780 pelajar telah menghadiri bengkel/kursus ini di Auditorium Sekolah Tinggi Kota Kinabalu. Penceramah bagi program ini ialah Encik Sylvester Sintia yang mana berasal dari Ranau. Beliau telah menggunakan modul beliau iaitu "Saya JUARA" dalam memberi motivasi kepada pelajar-pelajar PMR, SPM dan STPM. Sepanjang program ini, beliau telah membantu pelajar dalam membuat persediaan terutamanya diri mereka masing-masing dalam menduduki peperiksaan akan datang. Sekali lagi, kami, pihak sekolah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Sylvester S. dalam memberi semangat kepada pelajar-pelajar dalam terus belajar untuk mendapat kerjaya yang baik pada masa akan datang.
Akhir sekali, Kami.. Unit Bimbingan dan Kaunseling STKK ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan PMR, SPM dan STPM kepada semua pelajar PMR, SPM dan STPM! Dan semoga anda mendapat kejayaan!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
wawawa, muka2 org nervous nie, haha. well, since skg PMR sdh, so x sempat wish, sa wish yg SPM takers ja la. ALL THE BEST yaw! :)
Kepada semua pelajar yang akan menduduki SPM dan STPM. Pecutan akhir tu boleh jadi panduan untuk mengurangkan kebimbangan anda...
Anda sudah bersedia .. Tahniah!!!
SELAMAT BERJUANG...
Cikgu Baiduli Bt. Marjin
Catat Ulasan