12 Sep 2013
10 Sep 2013
PERMOHONAN JPA BIASISWA TELAH DIBUKA!
Perhatian kepada pelajar tingkatan 6 Atas dan tingkatan 5 bagi tahun 2012,
Adalah dimaklumkan bahawa permohonan bagi Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) tahun 2013 akan dibuka mulai 9 September 2013 (Isnin) jam 12:30 tengahari dan tarikh tutup permohonan adalah pada 16 September 2013 (Isnin). Permohonan akan dibuka secara dalam talian (online) sahaja iaitu melalui laman sesawang http://pidn.jpa.gov.my. Syarat permohonan boleh didapati di http://pidn.jpa.gov.my. mulai tarikh permohonan dibuka.
26 Ogo 2013
KURSUS PEMANTAPAN PRS 2013
Kursus Pemantapan PRS 2013 telah diadakan di Manis-Manis Resort-Rooftop of Croker Range Keningau pada 23 Ogos 2013 sehingga 25 Ogos 2013. Seramai 6 guru pengiring termasuk 3 orang guru kaunselor (Cikgu Azmi Suchin, Cikgu Chong Chuie Yin dan Cikgu Jaclyn Tan) dan 3 orang guru sekolah (Cikgu Hapidzah Jaberi, Cikgu Emily Supri dan Cikgu Douglas Labadin) telah mengikuti program ini. Dan seramai 56 Pembimbing Rakan Sebaya STKK telah juga menyertai kursus Pemantapan ini.
Tujuan Program ini dijalankan adalah untuk memperkasakan lagi perkhidmatan PRS dibawah Unit Bimbingan dan Kaunseling STKK. Ini adalah satu langkah memastikan kualiti perkhidmatan PRS berada di tahap yang cemerlang. Kursus ini juga berpeluang memupuk kasih sayang antara Guru Unit Bimbingan dan Kaunseling dan juga para PRS STKK.
BARISAN AJK PELAKSANA KURSUS PEMANTAPAN PRS 2013 |
Tidak lupa juga, kepada Cikgu Douglas Labadin yang mana banyak membantu dalam program ini terutamanya memimpin PRS sepanjang kursus. Begitu juga, guru pengiring kursus iaitu Cikgu Hapidzah dan Cikgu Emily Supri yang mana telah membantu Unit Bimbingan dan Kaunseling mengiringi dan menjaga PRS sepanjang kursus ini. Akhir sekali, terima kasih kepada para peserta, kerana tanpa anda semua.. program ini tidak akan berjalan dengan sukses sekali!
Berikut merupakan gambar-gambar yang telah diambil sepanjang Kursus Kepimpinan 2013....
Guru-guru sedang menjamu makan malam di ruang makan Manis-Manis Resort
Aktiviti ICE BREAKING
PRS tingkatan satu dan tingkatan dua
Pn. Chong Chuie Yin mengendalikan Ceramah dan Bengkel Asas Komunikasi kepada PRS
PRS Bersenam Setiap 6 Pagi... |
Cikgu Douglas memimpin PRS bagi Senamrobik 6 Pagi |
Malam Kebudayaan : PRS membuat persembahan masing-masing |
Pn. Hapidzah memberi hadiah kepada PRS bertuah (Janessa)- Aktiviti Cabutan Bertuah |
Pn Chong Chuie Yin menyampaikan anugerah Khas PRS kepada Lai ChungYi |
Pn. Chong Chuie Yin Menyampaikan hadiah penghargaan kepada Cikgu Douglas yang mana telah banyak membantu Unit Bimbingan dan Kaunseling STKK |
Kem Komandan sepanjang kursus : Adik Hiew Shi Qi dan Adik Tan Li Tung |
Aktiviti Binding - Aktiviti Akhir PRS |
Gambar berkumpulan
UBK STKK dianugerahkan sebagai Pengiktirafan Dengan Predikat 3 Bintang dalam Pengurusan dan Pentadbiran Bilik Kaunseling Kategori 'A" Cemerlang Tahun 2013 Peringkat Negeri Sabah
Tahun ini, Unit Bimbingan dan Kaunseling STKK telah memperolehi anugerah khas dari JPNS iaitu
Tahniah kepada semua Guru Bimbingan dan Kaunseling STKK kerana bersama-sama meningkatkan perkhidmatan B&K yang cemerlang sepanjang tahun ini! Tidak lupa juga kepada Pengetua Cemerlang STKK, En. Ng Kim Huat dan penolong-penolong Kanan STKK, terima kasih atas sokongan anda atas apa-apa program sehingga Unit Bimbingan dan Kaunseling STKK memperolehi anugerah ini! Terima Kasih.
Pengiktirafan Dengan Predikat 3 Bintang dalam Pengurusan dan Pentadbiran Bilik Kaunseling Kategori "A" Cemerlang Tahun 201, Peringkat Negeri Sabah
Tahniah kepada semua Guru Bimbingan dan Kaunseling STKK kerana bersama-sama meningkatkan perkhidmatan B&K yang cemerlang sepanjang tahun ini! Tidak lupa juga kepada Pengetua Cemerlang STKK, En. Ng Kim Huat dan penolong-penolong Kanan STKK, terima kasih atas sokongan anda atas apa-apa program sehingga Unit Bimbingan dan Kaunseling STKK memperolehi anugerah ini! Terima Kasih.
Tidak Lupa juga, barisan Pembimbing Rakan Sebaya STKK yang mana banyak membantu UBK dalam pengurusan program-program yang telah dijalankan sepanjang tahun ini.
Dengan itu juga, Unit Bimbingan dan Kaunseling ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada sekolah-sekolah yang juga telah memperolehi anugerah dalam perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
22 Jul 2013
PERMOHONAN PROGRAM MATRIKULASI SESI 2014/2015
BAHAGIAN MATRIKULASI
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Permohonan Kemasukan Program Matrikulasi
Kementerian Pelajaran Malaysia
Sesi 2014/2015
Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan dua (2) jurusan dan satu (1) aliran:-
-Jurusan Sains
-Jurusan Perakaunan
-Aliran Teknikal
2. SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
2.1 Berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2014.
2.2 Mendaftar mata pelajaran berikut dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2013.
a. Jurusan Sains
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik atau Biologi
b. Jurusan Perakaunan
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Matematik Tambahan. Pelajar juga perlu mengambil mana-mana dua (2) mata pelajaran berikut:
-Prinsip Perakaunan / Ekonomi Asas / Perdagangan / Pengajian Keusahawanan / Sains / Sains Tambahan / Fizik / Kimia / Biologi / Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan kejuruteraan)
c. Aliran Teknikal
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik dan satu (1) daripada PKA / PKM/PKE /TK/LK.
3. SYARAT KELAYAKAN MINIMUM PROGRAM MATRIKULASI SATU TAHUN (PST)
Memperoleh keputusan berikut dalam peperiksaan SPM 2013
- Jurusan Sains
C Bahasa Melayu
C Bahasa Inggeris
B Matematik
C Matematik Tambahan
C Kimia
C dalam satu (1) daripada mata pelajaran berikut:
1. Fizik
2. Biologi
- Jurusan Perakaunan
C Bahasa Melayu
C Bahasa Inggeris
C Matematik
E Matematik Tambahan
C dalam dua (2) daripada mata pelajaran berikut:
Prinsip Perakaunan
Ekonomi Asas
Perdagangan
Pengajian Keusahawanan
Sains
Sains Tambahan
Fizik
Kimia
Biologi
Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik &
Elektronik/ Teknologi Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan
- Aliran Teknikal
C Bahasa Melayu
C Bahasa Inggeris
B Matematik
C Matematik Tambahan
C Fizik
C PKA / PKE / PKM / TK
E Kimia
B Lukisan Kejuruteraan4. CARA PERMOHONAN
Permohonan Melalui Internet
a. Pelajar boleh membeli No. Pengenalan Individu (No. Pin) 5 digit di mana-mana kaunter BSN dengan bayaran RM6.00 (Ringgit Malaysia Enam Sahaja) termasuk komisyen dengan menggunakan No. Kad Pengenalan yang didaftarkan dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).
b. Sebelum meninggalkan kaunter sila pastikan menerima resit bayaran yang tercetak :
i. bayaran telah dibuat atas nama ”Pengarah Bahagian Matrikulasi” ke nombor akaun 1410 0290 0021 1897
ii. No Kad Pengenalan yang sama seperti yang didaftarkan dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM)
iii. No. Pin 5 digit
c. Pelajar juga boleh membuat bayaran PMI di mesin ATM BSN (bagi pemegang akaun GIRO / Wadiah BSN sahaja). Sila
ikut arahan di skrin mesin ATM tersebut.
d. Nombor PIN digunakan untuk mengemukakan permohonan matrikulasi dan juga untuk membuat pindaan atau pembetulan butiran permohonan. Pindaan atau pembetulan permohonan boleh dibuat sebelum tarikh tutup sebanyak tiga (3) kali sahaja. Nombor PIN ini hendaklah dirahsiakan.
e. Pelajar dikehendaki memasukkan nombor kad pengenalan dan diikuti dengan nombor PIN untuk membuat permohonan.
f. Pelajar yang terlupa atau hilang nombor PINnya boleh mendapatkan nombor PIN tersebut dengan membayar RM6.00 (Ringgit Malaysia Enam Sahaja) di mana-mana kaunter BSN.
g. Permohonan matrikulasi boleh dibuat melalui internet dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia http://www.moe.gov.my mulai 01 Julai hingga 10 Oktober 2013.
h. Baca dan fahami Panduan Permohonan Melalui Internet (PMI) yang terdapat dalam laman web tersebut.
i. Setelah selesai mengisi maklumat dalam PMI, sila klik butang ’HANTAR’ dan mencetak halaman yang mempunyai no. rujukan 6 digit ini sebagai bukti penghantaran permohonan.
j. Tarikh tutup permohonan ialah pada 10 Oktober 2013.
5. SEMAKAN
a. Pelajar boleh membuat semakan untuk mengemas kini alamat pada awal Februari 2014.
b. Untuk semakan keputusan permohonan pelajar boleh melayari laman web http://www.moe.gov.my pada bulan April 2014 dengan menggunakan no. Kad Pengenalan yang didaftarkan dengan LPM.
(Sumber daripada http://www.moe.gov.my/bmkpm/)
25 Apr 2013
SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN MATRIKULASI SESI 2013/2014 TELAH DIBUKA!
SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN MATRIKULASI SESI 2013/2014 TELAH DIBUKA!
Semakan tawaran keputusan permohonan matrikulasi bagi sesi 2013/ 2014. Calon yang telah membuat permohonan matrikulasi boleh membuat semakan tersebut pada tarikh yang telah ditetapkan. Menerusi laman rasmi Bahagian Matrikulasi, tarikh untuk ketahui tawaran akan diumumkan pada 25 APRIL 2013.
Cara Semakan Matrikulasi 2013/ 2014
Semakan boleh dibuat di laman http://www.moe.gov.my atau http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/permohonan/tarikh1.cfm setelah applikasi semakan matrikulasi sesi 2013/ 2014 telah dibuka.
Sehubungan itu bagi calon yang berjaya dan ditawarkan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2013/2014, calon dikehendaki mencetak sendiri perkara berikut untuk dibawa bersama semasa mendaftar di kolej :
- Surat tawaran
- Panduan pendaftaran
- Dokumen peribadi pelajar
- Borang perjanjian pelajar (dua salinan)
Semakan Guna SMS
SMS dengan menaip MOE<jarak>MAT<jarak>NO.K.P dan hantar kepada 15888
Tarikh Pendaftaran Matrikulasi 2013/ 2014
Tarikh pendaftaran kolej matrikulasi ialah pada :
Kolej Matrikulasi Labuan – 19 Mei 2013
Kolej Matrikulasi Sarawak – 26 Mei 2013
Kolej Matrikulasi seluruh semenanjung – 27 Mei 2013
Kolej Matrikulasi Sarawak – 26 Mei 2013
Kolej Matrikulasi seluruh semenanjung – 27 Mei 2013
Rayuan Program Matrikulasi 2013/ 2014
Bagi calon yang tidak berjaya, rayuan boleh terus dibuat melalui internet di laman sesawang http://www.moe.gov.my mulai 25 April 2013 hingga 9 Mei 2013. Rayuan yang dibuat selepas tarikh tutup (9 Mei 2013) tidak akan dipertimbangkan.
Sumber: Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi Sesi 2013/ 2014 | melvister.com
9 Apr 2013
Lawatan Sambil Belajar Ke IPT Kuala Lumpur
Lawatan sambil belajar ke IPT Kuala Lumpur akan dijalankan pada 11 April 2013 hingga 15 April 2013. Seramai 9 guru (terdiri daripada Pn. Lee Li Leng (PK HEM), Pn Chong Chuie Yin (Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling), 2 guru UBK dan 5 guru STKK), dan 28 pelajar STKK yang terdiri daripada tingkatan 4 dan 5 STKK.
Antara universiti akan dilawat ialah Sunway University College, Taylor's College, Berjaya University College dan Nilai University. Lawatan Persabahatan antara SMK Seafield Subang Jaya akan diadakan pada 12 April 2013.
Dengan itu, Unit Bimbingan dan Kaunseling ingin mengucapkan Jutaan Terima kasih kepada Pihak Lembaga Pengurusan Sekolah, PIBG STKK, Eduquest, Sunway University, Taylor's College, Berjaya University dan Nilai University atas sumbangan dalam menjayakan lagi program Lawatan Sambil Belajar Ke Kuala Lumpur.
Antara universiti akan dilawat ialah Sunway University College, Taylor's College, Berjaya University College dan Nilai University. Lawatan Persabahatan antara SMK Seafield Subang Jaya akan diadakan pada 12 April 2013.
Dengan itu, Unit Bimbingan dan Kaunseling ingin mengucapkan Jutaan Terima kasih kepada Pihak Lembaga Pengurusan Sekolah, PIBG STKK, Eduquest, Sunway University, Taylor's College, Berjaya University dan Nilai University atas sumbangan dalam menjayakan lagi program Lawatan Sambil Belajar Ke Kuala Lumpur.
Langgan:
Catatan (Atom)