10 Nov 2011

PERMOHONAN KEMASUKKAN KE IPTA SESI 2012-2013

Perhatian kepada pelajar SPM dan STPM,

Pembelian No.Pin bagi permohonan kemasukkan ke IPTA sesi 2012-2013 telah dibuka. Sila fostatat kad pengenalan anda ketika membeli no pin dengan kaunselor anda...

Ini merupakan tarikh-tarikh penting untuk permohonan kemasukkan ke IPTA sesi 2012-2013


Anda boleh melayari ke www.upu.mohe.gov.my untuk maklumat lanjut mengenai permohonan kemasukkan ke IPTA sesi 2012-2013.

Harap maklum.

Persembahan Merekayasa Peringkat Negeri Sabah

TAHNIAH & SYABAS! kepada semua PRS STKK yang telah terlibat dalam persembahan Merekayasa. Anda semua telah membuat yang terbaik sekali! Dan TAHNIAH juga kepada UBK STKK kerana telah mendapat persembahan terbaik BLOG bagi persembahan blog perkhidmatan UBK STKK...dan tidak lupa juga TAHNIAH! kepada sekolah-sekolah lain yang juga telah memenangi Persembahan Merekayasa....

Gambar-gambar berikut telah diambil oleh AJK FOTOGRAFI, PRS.. iaitu Cik Carinna Utim (2K)

Guru Kaunselor dan PRS STKK.... semua pergi bertanding.... 


Perjalanan dari STKK ke Wisma Tabung Haji KK.... 


Ambil gambar dulu.... sebelum membuat persembahan blog~


PRS juga merupakan penyokong KKHS! yeah! go KKHS!

Persembahan Blog Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling oleh Pn. Jaclyn Tan Siew Yean (Guru UBK)

Persembahan Facebook oleh En. Azmi Suchin (Guru UBK)


Persembahan Video Korporat oleh Lai Chungyi, Koh Shiao Hui, Michelle Chua dan Douglas Labadin (PRS)

Persembahan Kaunselor muda oleh Tan Yen Yin (PRS)
Persembahan Blog yang terbaik jatuh kepada STKK! yeahhhh!! Disampaikan oleh Ir Datu Jamigul Bin Hj Datu Salin kepada Pn Jaclyn Tan



Ini Muka-muka tidak sabar mau buka hamper.. heheh! kami menjamu selera selepas saja sampai sekolah.. CHEERS!

8 Nov 2011

Majlis Penutupan Program Selepas PMR

Ucapan Pengetua, En Ng Kim Huat

Ucapan Wakil Pelajar, Anand





Mini Pameran

Ketibaan Pelajar SM ST Joseph Papar

Barisan Tetamu Khas

Persembahan 3K

Persembahan 3A!

Persembahan 3S!

Persembahan SM ST. JOSEPH PAPAR


20 Okt 2011

PROGRAM SELEPAS PMR vol 2

Bengkel Tarian dan Muzik Traditional.... pelajar tingkatan 3 telah didedahkan dengan pelbagai tarian antaranya tarian Cina, India, Sumazau, Daling-daling, Joget, dan lain-lain. Nampaknya pelajar amat seronok sekali dan cemas sebenarnya.. sebab mereka akan bertanding tarian antara kelas! wish u all good luck! start practice! selain itu, pelajar juga didedahkan dengan alat muzik traditional dan orkestra... sememangnya seronok...









JADUAL PROGRAM SELEPAS PMR 2011

Sebagai rujukan kepada pelajar tingkatan 3 dan guru-guru Sekolah Tinggi Kota Kinabalu.. ini merupakan jadual sepanjang Program Selepas PMR 2011...





PROGRAM SELEPAS PMR vol 1

Ujian Minat Kerjaya telah dijalankan juga kepada pelajar tingkatan 3 yang mana dikendalikan oleh cikgu Chong Chuie Yin... nampaknya semua pelajar pun semangat dan mempunyai perasaan ingin tahu.. apaaaaa sebenarnya saya mau jadi ni?????  dan dengan adannya ujian ini, pelajar boleh mengetahui minat mereka justeru dapat memilih aliran yang betul untuk mencapai cita-citanya! 

Pn. Chong Chuie Yin menjalankan aktiviti Ujian Minat Kerjaya kepada pelajar tingkatan 3...




Ini pula, taklimat matapelajaran elektif bagi tingkatan 4... agar pelajar dapat memilih elektif yang bersesuaian dengan cita-cita mereka nanti! ia amat penting, kerana ini adalah penentu kelas mana pelajar ingin berada.. kalau pelajar tersebut ingin menjadi doktor.. maka pelajar tersebut perlu masuk ke aliran sains... maka dengan itu juga, pelajar tersebut perlu mengetahui apa itu matematik tambahan, biologi, kimia dan sebagainya.. itu contohhhhhh... so, antara taklimat matapelajaran elektif ialah matematik tamabahn, biologi, kimia, fizik, ICT, prinsip akaun, ekonomi, perdagangan, geografi, bahasa cina dan pendidikan seni.....


 Cikgu Chin Kim Nyuk memberi taklimat mata pelajaran Biologi kepada pelajar tingkatan 3



 Cikgu Antonius memberi taklimat mengenai matapelajaran ICT kepada pelajar tingkatan 3


 Cikgu Lim Tong Seng memberi taklimat matapelajaran matematik tambahan kepada pelajar tingkatan 3


Cikgu Bevina memberi taklimat mengenai matapelajaran fizik kepada pelajar tingkatan 3



kiri kanan! kiri kanan! kanan kiri! kanan kiri!begitulah latihan kawat kaki bagi setiap unit beruniform bagi sepanjang minggu ini iaitu 17 Oktober sehingga 21 Oktober 2011... latihan kawat kaki ini dijalankan adalah untuk pertandingan hari karnival kokurikulum pada bulan november nanti! Nampaknya semuanya bersungguh sungguh dalam menjalankan latihan begitu juga guru-guru penasihat! agar dapat menjadi johan dalam pertandingan kawat kaki nanti~


Unit Uniform Pengakap... bersama dengan Cikgu Moinis

Unit Beruniform Bomba...  dilatih oleh ahli Bomba 

ahh.. yang ini macam kadet polis... 

Senang Diri!

13 Okt 2011

PELANCARAN BLOG PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH TINGGI KOTA KINABALU

Hari ini, bermulanya Program Selepas PMR kepada semua pelajar tingkatan 3 Sekolah Tinggi Kota Kinabalu. Pelajar-pelajar beria-ria ingin mengetahui aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang 14 hari iaitu 13 Oktober sehingga 04 November 2011. 

Perasmian Program Selepas PMR telah dihadiri oleh En. Lim Kiat Kong (Pengerusi Lembaga Sekolah), En. Tan Hock Siong (Pengerusi PIBG), En Ng Kim Huat (Pengetua Sekolah), En. Alan Tang (ahli PIBG), Pn Lee Li Leng (Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar) dan guru-guru matapelajaran. Program ini telah dirasmikan oleh En. Ng Kim Huat, Pengetua Sekolah dan seterusnya melancarkan Blog Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Tinggi Kota Kinabalu. Ribuan terima kasih kepada En. Ng Kim Huat atas sokongan beliau dalam pembinaan blog ini dan memberi nasihat kepada guru kaunseling agar membina blog yang benar-benar memberi manfaat kepada pelajar. Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada En. Lim Kiat Kong, En. Tan Hock Siong dan En. Alan Tang kerana turut memberi sokongan dalam Program Selepas PMR ini dan kehadiran tuan amat kami hargai.

Serba sedikit ingin berkongsi mengenai Program Selepas PMR untuk dikongsi bersama..

Perancangan dan pelaksanaan Program aktiviti Selepas PMR ini diadakan setiap tahun untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar tingkatan 3 yang baru selesai menduduki Peperiksaan PMR, mengisi masa lapang secara terancang, bermatlamat dan berfaedah dan menyeronokan. Melalui aktiviti yang berbentuk akademik, kerjaya, psikososial, kesejahteraan mental, pembangunan diri, keibubapaan, dan sebagainya, para pelajar dapat memperolehi kemahiran “soft skill”, mempraktikkan pengetahuan yang diperolehi dalam kelas dan amalan nilai-nilai murni ke arah pembentukan seorang insan yang menyeluruh berpandukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Maklumat-maklumat yang relevan yang dan terkini yang disampaikan dapat membantu pelajar membuat pilihan dan keputusan yang berkaitan dengan akademik secara khusus serta bidang kerjaya secara umum pada masa depan.

Manakala Blog Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah merupakan satu uaaha yang berterusan untuk mengembangkan pengetahuan dan penggunaan ICT dalam perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah. Pengetahuan dalam bidang ICT perlu direalisasi bagi memastikan pencarian maklumat dan perkongsian ilmu dapat dmanfaatkan dalam jangkamasa yang singkat. Selain itu, program ini juga merupakan program inovasi dan transformasi pendidikan yang dirangka dan dirancang bagi meningkatkan mutu profesionalisme, kredibiliti dan akauntabiliti perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Antara maklumat yang dikongsi dalam blog Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling ini ialah Perkhidmatan UBK, laporan aktiviti & Program anjuran B&K, Permohonan Kemasukkan IPT, Biasiswa yang ditawarkan, Buletin UBK, Kerjaya dan Pendidikan, perkongsian keratan akhbar, dan sebagainya.

Tujuan Pelancaran Blog Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling ini dilaksanakan adalah agar pelajar-pelajar dapat diberi pendedahan mengenai kewujudan blog yang baru sahaja dibina pada bulan September yang lalu. Dan memberi pengetahuan kepada para pelajar mengenai maklumat-maklumat yang dikongsi dalam blog ini.

Tidak lupa juga... UBK ingin mengucapkan kepada beberapa orang pelajar yang telah membantu Guru UBK dalam pembinaan Blog. Thank you Duane! Adnan! Vanessa! Melissa! dan lain-lain lagi.... (jangan lupa minta merit yerrr...:)) )

Kepada pembaca-pembaca sekalian, selamat membaca blog ini dan kami berharap blog ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.

Sekian Terima Kasih.

GALERI MAJLIS PERASMIAN PROGRAM SELEPAS PMR DAN PELANCARAN BLOG PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING STKK

Dari Kiri En. Tan Hock Siong (Pengerusi PIBG), En. Lim Kiat Kong (Pengerusi Lembaga Sekolah) dan Pn Chong Chuie Yin (Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling)

En. Ng Kim Huat Pengetua Sekolah

Pn. Chong Chuie Yin, Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling


Cikgu Jaclyn Menerangkan Blog kepada tetamu khas dan para pelajar
Pengetua Sekolah melancarkan Blog Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling bersama-sama dengan En. Lim Kiat Kong , En. Tan Hock Siong, En. Alan Tang, Pn Lee Li Leng dan Pn. Chong Chuie Yin

Bookmark Blog diedarkan kepada semua pelajar tingkatan 3 dan guru-guru yang hadir