7 Jan 2019

Program Orientasi Tingkatan 1 Tahun 2019


Program Orientasi Tingkatan 1 telah berakhir pada hari. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan oleh pihak sekolah agar dapat membantu pelajar baru dalam mengenali sekolah. Antaranya taklimat-taklimat dari kurikulum, HEM, dan Kokurikulum, Bengkel Kebitaraan sekolah iaitu Bengkel Kebudayaan dan Bola Keranjang, dan sebagainya.

Berharap agar semua pelajar baru dapat manfaat dari program orientasi yang mana berlangsung secara 4 hari dan akan bergiat cemerlang dalam akademik, sahsiah dan juga kokurikulum.


Sesi Dialog Ibubapa dan Pelajar Tingkatan 1 2019


Satu Sesi Dialog Prestasi bersama Ibubapa dan pelajar baru tingkatan 1 bagi tahun 2019 telah dilaksanakan dengan jayanya pada 02.01.2019 iaitu pada hari pertama persekolahan. Antara objektif sesi dialog diadakan adalah untuk membina jalinan hubungan yang baik antara pihak sekolah dan juga ibubapa. Selain itu, program ini juga telah dihadiri oleh En. Lim Kiat Kong Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah, En. Tan Hock Siong Pengerusi PIBG, ahli AJK Lembaga Pengurusan Sekolah serta Ahli AJK PIBG STKK serta pihak pentadbir sekolah iaitu Pn. Lim Lai Hong Pengetua Cemerlang, En. John Sarat PK HEM dan Cik Lily Wong Bitt Lee PK Kokurikulum.

Seramai 419 ibubapa telah hadir ke majlis ini dan mengetahui lebih mendalam berkenaan dengan pengurusan sekolah terutamanya dari aspek kefungsian Lembaga Pengurusan Sekolah, Persatuan Ibubapa dan Guru, Pengurusan Sekolah iaitu Kurikulum, HEM dan Kokurikulum. 






Selamat Datang & Selamat Kembali Ke Sekolah 2019


22 Jun 2016

MAKLUMAN : EKSPO PENDIDIKAN STKK 2016


Ekspo Pendidikan STKK 2016 akan diadakan pada 29 Jun 2016. Sebanyak 60 penyertaan dari Universiti Swasta dan Agensi Pendidikan telah menyertai Ekspo Pendidikan STKK 2016.

Di samping itu, YOLO PHOTOBOOTH juga telah menyertai Ekspo Pendidikan! Perhatian pelajar, jangan lupa dapatkan borang jelajahi Ekspo Pendidikan 2016 dari Unit Bimbingan dan Kaunseling untuk mendapat SEKEPING SESI BERGAMBAR PERCUMA dari YOLO Photobooth!





Borang tersebut adalah seperti sedemikian,









Kepada pelajar tingkatan 5 dan 6, ini merupakan peluang keemasan kepada anda semua untuk bertanya pelbagai informasi dari peserta Ekspo~!

Sebarang pertanyaan, boleh berjumpa dengan kaunselor kaunselor sekolah....